Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Zara Zya berang, beri amaran kepada netizen

Screenshot 2018 0825 171715

"APA saya buat itu memang nak mengajar netizen yang bersikap keterlaluan dan kurang ajar. Biar mereka tahu selebriti juga ada hati dan perasaan," kata pelakon Zara Zya mengenai tindakannya memuat naik komen netizen di IG yang mengatakan dirinya bodoh, buruk dan selekeh.

Zara, 33, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, selepas ini dia tidak mahu lagi berkompromi dengan netizen yang sesuka hati memaki hamun di laman sosial.

Menurut Zara, meski tindakannya itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat, dia bagaimanapun berasakan mereka juga tidak patut bersikap sedemikian.

"Bukan niat saya nak tarik perhatian ramai, tetapi ini cara untuk menyedarkan pihak yang buat salah supaya jangan terlalu mudah nak menghina orang lain.

"Jangan fikir selebriti boleh dipijak-pijak dan dihina sesuka hati. Ingat kami kena tadah telinga dan berdiam diri saja jika dikutuk macam tu? Kami pun ada hati dan perasaan.

"Kalau berani cuba cakap depan-depan. Tetapi mereka tidak akan berbuat sedemikian. Mereka hanya berani di laman sosial saja..

Terdahulu, Zara memuat naik gambar selfie beserta kapsyen 'tidak ada siapa nak beraya dengan saya. Ok sekian'.

Namun, pengguna akaun @azlidaosman menulis komen 'sebab kau bodoh. Sebab kau buruk. Sebab kau selekeh jadi tidak ada siapa nak beraya dengan kau'.

Menurut Zara, selepas ini dia akan melakukan perkara sama jika masih ada netizen bersikap sebegitu.

"Kalau selebriti lain nak berdiam diri, ia tepulang pada mereka. Namun, tidak bagi saya kerana memang akan ajar mereka supaya lebih berhati-hati dan jangan mengulangi perkara sama.

"Jika betul tidak minat saya atau selebriti tempatan, kenapa mesti komen dan kutuk. Ini bermaksud mereka sebenarnya mengikuti perkembangan artis tempatan. Mereka pun 'feeling' nak mengatakan minat artis luar negara saja," katanya.