Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Tengku Puan Pahang alami kecederaan Media Sosial

Tengku Puan Pahang alami kecederaan Media Sosial

Petaling Jaya, bahana menggunakan telefon bimbit ketika menuruni tangga, Tengku Puan Pahang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkongsi mengenai kejadian itu melalui laman sosial berkata, insiden itu berlaku ketika baginda khusyuk membaca Twitter sehingga tidak menyedari kedudukan anak tangga.

"Semalam (3 Julai) sibuk baca Twitter, tidak perasan anak tangga dan saya jatuh terpelecok kaki.

"Dosa main telefon agaknya, sekarang kena pakai kerusi roda pula. Innalillahwainnailaihorojiun," kata baginda yang mengalami 'hairline fracture' atau terseliuh.

Twitter Tengku Puan Pahang
Tengku Puan Pahang Humble

Tunku Azizah bagaimanapun sempat bergurau dengan insiden yang menimpa dirinya dan menyifatkan ia adalah 'kecederaan media sosial'.

"Saya ketawa pada diri sendiri. Moral daripada kejadian ini, tiada telefon semasa sedang berjalan.

"Saya terlepas anak tangga dan saya gelarkan ia kecederaan laman sosial," katanya pada posting berasingan.

Menurut catatan isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu, baginda terpaksa berehat selama enam minggu disebabkan kecederaan tersebut.

Tunku Azizah Iskandar

"Baru berangan dengan anak saya, nanti kita pergi jogging setiap hari selepas sembahyang Subuh.

"Bersenam dan kami berdua memerlukan cahaya matahari pagi... kekurangan vitamin D.

"Sekarang , kena berehat selama enam minggu. Kuasa Allah menentukan segalanya," tulis baginda.

Dalam pada itu, para pengikut Tunku Azizah di Twitter mendoakan agar baginda kembali sihat dan turut mengingatkan agar tidak leka menggunakan telefon bimbit selepas ini.