Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Kisah disebalik tarian pelik di Rancangan Selamat Pagi Malaysia

Sumber RTM1

Rakyat Malaysia yang memang terkenal dengan skill ‘troll’ orang kali ini terhibur dengan sebuah video yang viral semalam (26 Ogos).

Menerusi perkongsian Facebook, sebuah video yang menunjukkan seorang wanita menari dengan tarian pelik dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia telah viral garagara dikatakan bukti rakyat Malaysia semakin tertekan.

Berikut adalah video yang sedang viral kini.

Rata-rata netizen melemparkan komen negatif terhadap tarian tersebut. Tak kurang jugak yang jadikan tarian ni sebagai bahan gelak. Aduii kesian akak tu kena viral

Komen Netizen
Gelak-gelak jugak. Tapi bagi korang yang tak tahu, salah seorang netizen explain yang kumpulan tu ialah daripada STEFANI atau nama penuhnya Sanggar Teater Fauziah Nawi.

Malah dorang jugak bukan saja-saja buat persembahan tarian ni.

Ia merupakan promosi teater yang akan keluar tak lama lagi oleh ahli-ahli junior di STEFANI.
STEFANI

Pun begitu, nasib ada jugak di antara netizen yang tak cepat melatah dan faham tarian tu adalah sebahagian daripada tugasan dan exposure dunia luar kepada budak-budak teater ni.

SOKONG

Papepun gais tak baik tau korang troll budak-budak ni. Memanglah tarian tu nampak pelik tapi apa-apapun siasatlah dulu sebelum viralkan benda-benda macam ni.

hahaa