Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Pengasuh Adam Rayqal didakwa

Pengasuh Adam Rayqal

Minggu lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan kisah adik Adam Rayqal. Didakwa telah dilarikan oleh seseorang individu. Namun disebaliknya, dia telah dijumpai telah meninggal dunia dirumah pengasuhnya dan telah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Kejam, itulah perkataan yang telah dilemparkan oleh masyarakat ke atas perbuatan kejam pengasuhnya. Sedangkan adik Adam Rayqal adalah anak kecil yang perlu dijaga sebaiknya seperti mana telah diamanahkan oleh kedua ibubapanya.

Hari ini, pengasuh kepada arwah Adam Rayqal Mohd Sufi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa, awal bulan ini.

Noor Aqilah Abd Rahman, 33, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan, didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala kanak-kanak berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa supaya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.