Remaja baik hati, susun kasut jemaah masjid

Bermacam-macam cara untuk melakukan kebaikan kepada orang lain boleh dilakukan apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Remaja baik hati, susun kasut jemaah masjid

Seorang remaja yang rajin mengunjungi Masjid Al Shariff, Gombak ini adalah contoh terbaik.

Remaja ini dikatakan rajin menyusun selipar para jemaah yang berselerak di koridor masjid hingga kemas jadinya tanpa disuruh oleh sesiapapun, sekaligus memudahkan jemaah mencari dan menyarung selipar masing-masing ketika mahu pulang.

remaja susun kasut jemaah masjid

Menerusi satu rakaman video dimuat naik pengguna Facebook Putera Rawi, remaja ini kelihatan gigih menyusun selipar ketika jemaah lain berada di dalam masjid untuk mendengar ceramah.