Iklan raya 2016 dari Samsung

Iklan hari raya tahun 2016 kali ini nampaknya dimulakan oleh Samsung.

Iklan raya 2016 dari Samsung

Walaupun baru seminggu umat Islam berpuasa, jenama telefon bimbit popular itu dilihat cuba menaikkan mood lebaran lebih awal berbanding syarikat lain.

Iklan raya yang tidak diberikan tajuk itu memaparkan perbualan dalam grup WhatsApp keluarga Pak Dan yang dinamakan ‘Pak Dan’s Clan’.

Ia bermula apabila si ibu bersembang dengan adik mengenai warna tudung lalu Along ikut serta untuk mengusik mereka.

Si ibu kemudiannya memberitahu dia sedang mengemas bilik sambil melihat gambar-gambar kenangan lama dalam bentuk video.

Ini membuatkan si adik teringatkan Angah yang menghilang tanpa khabar berita.

Perbualan menjadi hangat apabila Adik dan Abang mulai bergaduh tentang apa yang berlaku hinggakan Angah membawa diri.

Haa jom kita saksikan kesudahan video perbualan WhatsApp ‘raya’ mereka ini..