Burung unta berlari di Lebuhraya Federal

Pengguna-pengguna media sosial hari ini dikejutkan dengan rakaman aksi seekor burung unta yang sedang berlari di tengah-tengah kesesakkan Lebuhraya Persekutuan menuju ke susur keluar Bangsar.

Burung unta berlari di Lebuhraya Federal

Gambar dan video kejadian tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook dan dikongsikan pengguna Twitter telah menjadi viral semalam.

Rata-rata orang ramai keliru bagaimana burung tersebut berada di lokasi kejadian.

“Macam mana boleh ada Ostrich (burung unta) terlepas di Federal Highway? Siapa punya ni?” kata Mohd Khairul yang binggung melihatkan aksi burung berkenaan.

“Sangat cute! Dia pandai tukar lorong pergi lorong kanan sekali, sesak teruk sebab dia tadi. Haha,” kata Uzmira yang menggunakan lebuh raya berkenaan pada waktu kejadian.

Kenderaan di belakang burung unta tersebut dilihat terpaksa dipandu perlahan bagi mengelakkan terlanggar dengan haiwan itu.

Larian burung unta dikatakan mampu mencecah kelajuan 69 kilometer per jam dan dengan ketinggian 9.2 kaki.