Wanita hampir disamun dalam KTM ucap terima kasih kepada HERO ini



Seorang wanita dan anaknya yang hampir disamun termasuk orang ramai khususnya netizen di media sosial kini sedang mencari seorang lelaki yang baik hati kerana membantu wanita tersebut dan anaknya.

Wanita berkenaan, Reena Peter, berkata ketika sedang menaiki Komuter ke KL Sentral pada petang Sabtu lalu dia telah dikacau oleh sekumpulan penyamun.

Kumpulan lelaki terbabit dikatakan cuba menyamun Reena dan anaknya di dalam komuter itu yang kosong itu.

Namun, perbuatan kumpulan itu gagal apabila lelaki baik hati itu datang membantu..

Lelaki tersebut bagaimanapun terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan itu dan berjaya mengalahkan ketua kumpulan tersebut ketika ingin menyelamatkan Reena dan anak Reena.

Selepas pergaduhan itu, kumpulan terbabit melarikan diri di stesen berikutnya. Bagaimanapun, Reena dan anaknya, yang dalam keadaan terkejut, tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada penyelamat mereka itu.

Bagaimanapun, anak Reena sempat mengambil gambar hero mereka itu menggunakan telefon bimbit.

Reena kemudian memuat naik kisah berkenaan di Facebook bagi menyampaikan ucapan terima kasihnya, dan meminta pertolongan orang ramai untuk menyampaikan ucapan tersebut.