Pelajar bersikap biadap menolak khidmat pemeriksaan gigi di sekolah

Pelajar bersikap biadap menolak khidmat pemeriksaan gigi di sekolah

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pergigian adalah salah satu teras utama dalam perkhidmatan pergigian awam, kerana itulah wujudnya klinik pergigian sekolah dan pasukan pergigian bergerak.

Terdapat juga sebilangan daripada ibubapa yang berkemampuan dan sedar akan kepentingan penjagaan gigi dan mulut di peringkat awal usia mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan dan rawatan daripada khidmat klinik pergigian swasta dalam tempoh tertentu, namun ianya tetap bukan satu alasan yang membolehkan anak-anak atau pelajar memandang rendah terhadapan perkhidmatan gigi bergerak dari sekolah-sekolah secara percuma, apatah lagi bersikap menyinggung perasaan.

Usaha murni staf Jabatan Kesihatan ini bertungkus lumus ke sekolah-sekolah secara percuma wajar diberi penghargaan. Kebiasaannya layanan yang diberikan kepada pelajar-pelajar begitu berlemah lembut. Maka tidak hairanlah segelintir pelajar yang agak kurang matang ada yang mudah 'naik tocang' cuba untuk menyerlahkan diri dengan sikap yang kurang adabnya. Dibawah berikut antara kisah pelajar yang menghina perkhidmatan murni ini mentah-mentah tanpa adab, telah dikongsikan oleh seorang Doktor Gigi yang terlibat, Dr Umi Al-Hafizah Ahmad.

Pelajar lempar kad rawatan pada muka staff

Hampir tidak menulis sekarang..when you’re moderately anemic, pregnant, and your work is tough, the rest of the day can make you restless, but with what happened just now, I cannot help but to say something.

Bila seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun melempar kad rawatan pada muka seorang staff saya, lalu berkata ”I nak buat treatment kat luar,” kemudian terus berlalu pergi bermain main dekat papan hitam.

Perkataan paling sopan yang saya boleh buat adalah lontarkan pada dia ”you go back to your class!, don’t ever rude to my staff,” sambil tangan saya terketar menahan marah, kata Dr Umi


Caj pesakit luar sebanyak RM1 & RM5 membuatkan mereka memperlekehkan

Mungkin ada baiknya caj percuma untuk golongan tertentu patut di kaji. Juga caj rm 1 untuk pesakit luar serta caj rm 5 untuk bertemu pakar juga harus di nilai. Ini mungkin punca perkhidmatan kerajaan selalu sahaja dipandang enteng dan tidak dihargai.

Saya juga sudah bosan apabila melihat sesetengah sikap rakyat kita yang memandah-rendah terhadap staff Kementerian Kesihatan.

And when I say Klinik Kerajaan atau Hospital Kerajaan, please, it is off political boundaries, tambah Dr Umi lagi


Bersyukur dan hormatlah

And when people ask, so why don’t you change job?. Jawapannya, saya sayang kerja ini demi Allah, dengan kerja ini, siapa tahu pada hari-hari tertentu saya telah membantu golongan yang benar-benar memerlukannya. Kepuasan untuk bantu orang awam ini lain dengan kepuasan beroleh wang ringgit. Saya sayang kerjaya ini much more than the title. Kak, adik, anak, madam, sis, you, dear or tak kisahlah dengan gelaran apa lagi, semua itu tidak penting.

Jujur juga saya kata, dengan bisnes kecilan yang saya sifatkan sebagai 'main-main', I can get easy 2k per month. Jadi, sekali lagi kepuasannya bukan pada duit.

Bersyukur lah. Have respect, dont easily take things for granted.