Kejam, Apek Cina lemaskan kucing hingga mati



Tindakan tidak berhati perut seorang lelaki cina berusia lewat 50-an yang membunuh seekor kucing betina dalam sebuah video yang kini viral di media sosial, menerima kecaman hebat daripada netizen.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Aien Afiqah, memaparkan bagaimana haiwan berkenaan telah mati akibat dikurung dalam sangkar kecil yang diikat dengan tali, kemudian direndam dalam sungai.



Menurut Aien, lelaki Cina tersebut dikatakan sering menangkap haiwan-haiwan jalanan itu untuk didera sehingga mati.

“Kucing ni sengaja ditangkap diarea kawasan taman untuk diseksa dan dibunuh. Mohon siapa boleh bantu hentikan kegiatan uncle kejam ni, risau ketagihan ini berlarutan bimbang anak-anak pula jadi mangsa,” tulis Aien dipostingnya.

Dalam pada itu, individu yang merakam video berkenaan turut memberikan amaran kepada lelaki tersebut namun tidak dipedulikan.

Di bawah rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015, perlakuan tidak berperikemanusiaan Dalam pada itu, individu yang merakam video berkenaan turut memberikan amaran kepada lelaki tersebut namun tidak dipedulikan.

Perlakuan tidak berperikemanusiaan lelaki itu jika disabitkan bersalah, bakal dikenakan denda minimum RM20,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan 2015