Jagung warna warni

Pernah tak anda makan atau jumpa jagung bewarna-warni? Anda jangan rasa pelik kerana ia jagung ini wujud sebenarnya. Bila tengok pasti anda akan rasa sayang nak makan sebab warnanya yang cantik. Ada yang mengatakan jagung ini dipanggil jagung pulut. Rasanya juga berbeza, melekit-lekit sikit, tidak manis tetapi sedap dimakan. Tetapi semestinya tidak sama dengan jagung biasa yang kita makan.

Jagung ini sebenarnya berasal dari Oklahoma. Ia telah dihasilkan oleh seorang petani yang bernama Carl Barnes. Jagung ini merupakan hasil dari pelbagai tanaman jagung khusus.

Cara menanam jagung warna-warni ini sama juga seperti jagung biasa iaitu melalui biji. Seperti yang diketahui, tanaman jagung adalah warisan bangsa Indian. Barnes mengumpulkan biji jagung dengan pelbagai jenis kemudian menanam di ladangnya sendiri. Ketika Barnes sudah tua, dia menyerahkan koleksi biji jagungnya yang berharga tersebut kepada salah satu sahabatnya, Greg Schoen. Seperti yang dilaporkan Business Insider, biji jagung berwarna-warni yang Barnes berikan merupakan hasil persilangan dari jagung Pawnee, jagung Osage berbiji merah, dan jagung Osage berwarna kelabu.

Ada yang mengatakan jagung ini banyak terdapat di sempadan Thailand – Malaysia. Selain dari itu terdapat juga di Indonesia.