Gambar kereta memotong dari laluan kecemasan di Malaysia

Kepada semua rakyat Malaysia yang ada rasa perihatin, anda diseru untuk membantu pihak berkuasa seperti PDRM atau JPJ untuk melaporkan pengguna-pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan perasaan dan keselamatan pengguna lain.

Langkah ini diambil, agar memudahkan pihak berkuasa membanteras gejala tidak bermoral ini. Ini kerana gejala ini semakin berleluasa sehingga menggundang perasaan tidak puas hati di kalangan pengguna lain. Malah akibat sikap pentingkan diri ini, ia telah banyak mengorbankan nyawa dengan melewatkan kedatangan Pasukan Bomba, Polis dan Ambulans ketempat yang sepatutnya untuk urusan yang benar-benar kecemasan.

Sila laporkan gambar kereta/kenderaan yang memotong dari laluan kecemasan melalui komen dibawah, berserta okasi, laporan ringkas, masa, dan jenis kenderaan serta nombor kenderaan yang terlibat jika boleh; ia akan digunakan sebagai bukti.

paste link status facebook anda yang terdapat gambar-gambar dan details pada ruangkan komen dibawah.

- Gambar-gambar dibawah ditangkap oleh Aina.