18 gambar dan video Harmony Seas, kapal mewah terbesar bak sebuah bandar



Harmony Seas adalah nama kapal mewah terbesar di dunia. Harmony Seas juga memiliki ciri panjang lebih dari 4 padang bola dengan kapasiti maksimun 6,780 penumpang.

Kapal mewah ini bernilai RM4.7 billion, difahamkan mempunyai 7 kawasan kejiranan, yang terdiri daripada apartment 10 tingkat, 16 restoran, 23 kolam renang, tema air serta panggung dengan 1,300 tempat duduk, 52 pokok, kasino dan juga kawasan rekreasi.

Malah lebih mengujakan, ia juga akan dilengkapi dengan pelayan robot dan juga 'surfing simulator'.

Harmony of The Seas juga mempunyai 3,000 bilik yang hampir semuanya ada balkoni, dengan harga bermula RM5,247 seorang untuk pelayaran selama seminggu sehingga RM16,093 bagi bilik mewah.